Syahid Dunia dan Syahid Akhirat
Soalan:
Apakah beza syahid dunia dan syahid akhirat?
Jawapan:
Orang yang mati syahid sebenarnya ada 3 golongan iaitu syahid pada hukum
dunia dan Akhirat, syahid pada hukum dunia dan syahid pada hukum Akhirat.
Syahid dunia dan Akhirat ialah syahid dalam pertempuran menentang musuh di
medan pertempuran kerana menegakkan kalimah Allah. Orang yang mati syahid
sebegini tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disolatkan menurut jumhur
ulamak. Di Akhirat nanti ia akan memperolehi balasan istimewa dari Allah
SWT. Ia juga selamat dari soal kubur.
Syahid pada hukum dunia ialah orang yang mati kerana berperang menentang
orang-orang kafir tetapi telahpun mendapat gaji dari peperangan yang
dilakukannya atau mendapat bahagian harta rampasan dari peperangan tersebut
atau orang yang mati kerana memerangi golongan kafir dalam keadaan riya' dan
lain-lain.
Syahid pada hukum Akhirat ialah seperti orang yang dibunuh secara zalim,
orang yang mati kerana mengalami penyakit dalam perut, orang yang mati
kerana penyakit taun, orang yang mati tenggelam, orang yang mati dalam
keadaan dagang / musafir, orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu, orang
yang mati kerana menahan rindu, mati kerana melahirkan anak dan sebagainya.
Di dunia orang ini dikafan dan disolatkan. Di Akhirat ia akan mendapat
pahala khusus dari Allah.
人間はアップルを扱うには早すぎたんだ
7 years ago
2 comments:
salam
masyaallah
ceteknya ilmu kita
tq 4 this valuable post
salam
masyaallah
ceteknya ilmu kita
tq 4 da valuable post
Post a Comment