Wednesday, April 21, 2010

Sajak buat Cikgu^2 KISAS

Pernah langkah ku payah
menuju ke destinasi
kerana malam gelap
dan bintang hilang kerdipnya
menjadikan arahku keliru
ketimur atau ke barat

bagai lilin membakar diri
menerangi kegelapan hati
kau curahkan bakti dan budi
jasamu tiada pengganti

namun tanpa rasa payah
dia memimpin tangan ku
melangkah satu persatu
dan mencipta hajat impian
menjadikan arah ku jelas
aku terus kehadapan

oohooo aku kini rindu
pada satu nama yang berjasa
tuhan beri kekuatan
untuk mendidikku selamanya

kupohon restu Kasih-Mu
ampunkanlah guru guruku

Semalam ku lihat dia
dibibirnya ada kalimah
yg menggetar saban waktu
sambil tgn menggenggam lilin
lilin yg tiada terpadam
menerangi hidupku kini

oohoo aku kini rindu
pada satu nama yang berjasa
tuhan berikan kekuatan
untuk mendidikku selamanya

Kupohon restu kasihmu
ampunkanlah guru guruku
Guru kau bagaikan lilin
yang menerangi kegelapan hatiku

0 comments:

Ajukan Soalan Kepada Admin

 
Cheap Web Hosting | Top Web Host | Great HTML Templates from easytemplates.com.