Salam,
Berikut adalah petikan tulisan Presiden PAS yang diambil daripada laman web
Harakah Daily..
Harap ia tidak menjadi kontroversi dalam kalangan kita
bekas pelajar
Kolej Islam Sultan Alam Shah..
kerana apa yang penting sekarang ialah
isunya..
____________________________________________________________________
Presiden PAS:
Penggunaan nama Allah oleh penganut agama bukan Islam menjadi polimik hangat dalam negara ,menjadi lebih panas setelah Mahkamah membuat keputusan keizinan kepada pihak gereja katholik memakai perkataan Allah dalam penyebaran mereka kepada masyarakat umum, khususnya masyarakat yang hidup didalamnya Umat Islam, kerena menyentuh perasaan mereka, kerana Perkataan ALLAH sangat mulia disisi umat Islam.
Apa yang menghairankan sebelum ini pengamal ajaran keristian itu menyebut tuhan dengan bahasa mereka masing-masing.
Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan Allah dari kitab suci mereka (Al Quran) yang tidak diterjemahkan lagi kedalam bahasa masing-masing, kerana perkataan ALLAH tidak mampu diterjemahkan kedalam bahasa lain, dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa Al Quran.
Adakah ia boleh dibenarkan begitu sahaja diatas kosep kebebasan beragama?, sedangkan kebebasan secara saksama mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah yang mencetuskan perkara yang merosakan hubungan sesama manusia .