Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, June 11, 2010

Lelaki Pelindung Wanita

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.
Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertingkah.
Kembalikanlah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu, Acuan madrasah rasul.
Read more »

Wednesday, May 26, 2010

surat berantai... sile sampai2kan

Surat Berantai : Hukum dan Penjelasan
Ini adalah contoh Surat Berantai bertajuk : "Wasiat untuk semua umat Islam di seluruh dunia daripada Sheikh
Ahmad (Madinah)" yang pernah menakutkan kita sikit masa dahulu.

Bismillahirahamanirahim
Pada satu malam di kala hamba membaca al-quran di makam Rasulullah, selepas membaca hamba letih lalu
tertidur. Di dalam tidur hamba bermimpi di mana Rasulullah mendatangi hamba lalu bersabda:


"Dalam 60,000 orang di dunia di zaman ini, tiada seorang pun yang matinya di dalam keadaan beriman.
Isteri-isteri tidak lagi mendengar kata-kata suami, ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi membuat
kebajikan. Oleh itu Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyedarkan orang-orang ini supaya membuat kebajikan, kerana
hari penghabisan (kiamat) akan tiba, yang mana semua bintang-bintang akan terbit dari langit, sesudah itu
pintu (taubat) akan tertutup, tulisan di-dalam al-quran akan hilang dan matahari turun dekat di atas kepala".



Pesanan hamba ini

Berselawatlah untuk jujungan kita Nabi Muhamaad s.a.w, bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka. Sembayanglah jangan ditinggalkan, keluarkan zakat, berpuasalah dan tunaikan haji jika mampu.


Perhatian

Setelah membaca wasiat ini, maka hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan pada orang lain atau dikirimkan sebanyak 20 keping. Sekiranya ini ada dilakukan anda akan dianugerahi Allah sesuatu niat atau hajat. Dan niat atau hajat anda akan dikabulkan oleh Allah. Kata Sheikh Ahmad lagi, jika apa yang hamba katakan tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan biarlah tidak dapat perlindungan atau syaffaat daripada Rasulullah s.a.w ( nauzubillah ) Oleh itu hendaklah dituliskan atau dicetak sebanyak 20 keping dan disampaikan kepada orang lain dalam masa dua (2) minggu dan beroleh kebahagian dan kesejahteraan. Lakukanlah ini dengan niat kerana Allah dan ingat apabila anda menerima surat ini, janganlah dibiarkan atau diabaikan.


Untuk maklumat

Seorang saudagar dari Bombay telah menerima wasiat dan beliau kemudiannya mencetak 20 salinan dan mengirimkannya kepada orang lain. Ia kemudian dianugerahkan Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.

Tan Sri Ghazali bekas Menteri Besar secara tidak langsung telah dipecat jawatannya, kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau telah terlupa menulis 20 salinan untuk diedarkan kepada orang lain tetapi beliau telah mula menyedari kesilapan itu lalu beliau mencetak wasiat ini dan terus mengirimkan kepada orang lain dan berapa hari kemudian beliau dilantik menjadi menteri kabinet.

Perdana Menteri Zulfiqar Ali telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenaran dan mengangap ianya palsu lalu dibuangkannya ke dalam bakul sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman mati.


Di Terangganu seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini melalui kawannya dari Melaka. Malangnya beliau tidak mengindahkan surat wasiat ini dan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja diadakan untuk menakutkan orang yang membacanya Berapa minggu kemudian beliau mengidap penyakit yang ganjil dan penyakitnya amat menyedihkan. Setelah hampir tiga minggu beliau dirawat di hospital dan malangnya penyakitnya sukar diubati oleh doktor yang merawatnya. Akhirnya baru beliau teringat akan surat wasiat yang masih dalam simpanannya lalu beliau suruh sepupunya mencetak wasiat ini dan dibahagikan kepada orang lain. Seminggu kemudian beliau berangsur pulih sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh orang yang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengirimkan kepada orang lain dimana mereka mendapat berbagai malapetaka. Setelah mengenangkan kejadian yang menggemberikan dan menyakitkan ini diharap anda jangan lupa menyempurnakan 20 salinan dalam masa 90 jam dari masa anda membaca wasiat ini.

Insya Allah anda akan memperolehi sesuatu yang dihajati dan akan menerima anugerah dari Allah dan berdoalah kepada yang Maha Esa dengan penuh keyakinaan. Pasti ianya akan menerangi hidup anda dengan nikmat ketenangan
hidup.


Sekian wassalam......

Penjelasan Surat Berantai Ini adalah penjelasan yang saya dapat menerusi kiriman email daripada seorang sahabat. Semoga perkara ini menjadi pengiktibaran kepada kita dalam kehidupan seharian. Wallahu 'alam.


Soalan:

Saya telah terbaca satu surat (wasiat) dan amat terkejut dgn isi kandungannya. Ia dikatakan sebagai satu wasiat daripada Sheikh Ahmad (pemegang anak kunci makam Rasullullah s.a.w) kepada semua umat di seluruh dunia. Di akhir wasiat itu beliau berkata, "Di Bombay terdapat seorang yang telah menyalin wasiat itu sebanyak 30 salinan dan dia telah dikurniakan Allah rezeki sebanyak 25000 rupiah. Seorang lagi menyebarkan wasiat itu diberikan rezeki 6000 rupiah oleh Allah. Terdapat seorang yang mendustakan wasiat ini, maka dia telah kematian anaknya pada hari itu juga. Dia berkata bahawa sesiapa yang menerima wasiat ini dan tidak menyebarkannya akan ditimpa musibah yang besar. Apakah pandangan tuan terhadap wasiat ini? Adakah ia benar atau dusta?.


Dr. Yusof Al-Qardawi menjawab:

Ramai orang tertanya-tanya tentang wasiat ini. Sebenarnya ia bukanlah perkara baru. Saya telah melihatnya semenjak puluhan tahun dahulu. Wasiat ini dikaitkan dgn seorang lelaki bernama Sheikh Ahmad, pemegang kunci makan Rasullulah s.a.w. Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah atau Hijaz tentang Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya atau mendengar khabar berita mengenainya. Iannya tidak pernah dikenali dan tidak pernah dilihat oleh penduduk Madinah. Tetapi terdapat orang yang menyebarkan apa yang dikatakan sebagai wasiat ke negara-negara Islam.


Wasiat itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi agama. Persoalan yang dikemukakan dalam surat itu tidaklah berhajat kepada wasiat Sheikh Ahmad atau Sheikh Omar. Sesungguhnya Al-Quran dengan jelas telah menyatakan sebahagian daripada itu. Kita sudah ada Al-Quran dan Sunnah, kedua-duanya sudah lebih daripada mencukupi.
Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah:


"Hari ini Aku sempurnakan bagimu agama kamu (Islam) dan Aku sempurnakan ke atasmu nikmat-Ku serta Aku reda Islam sebagai agama kamu"

Sesiapa yang menyangka bahawa agama Islam, setelah disempurnakan dan dilengkapkan oleh Allah, masih lagi berhajat kepada wasiat orang yang tidak diketahui asal-usulnya, sesungguhnya telah timbul keraguan dan syak di hatinya akan kesempurnaan dan kesyumulan Islam itu.

Terdapat tanda-tanda pembohongan dan kejahatan pada wasiat tersebut. Orang yang melakukannya telah mengancam serta menakut-nakutkan orang ramai, iaitu sekiranya wasiat itu tidak disebarkan, mereka akan ditimpa musibah, kematian anak-anak atau kehilangan harta benda. Inilah yang tidak pernah diucapkan oleh manusia bahkan tidak ada dalam kitab Allah dan sunah Rasul-Nya.


Manusia tidak pernah menerima perintah seperti 'sesiapa yang membaca Al-Quran hendaklah disalin 25 salinan dan menyebarkannya. Jika tidak melakukan demikian, dia akan ditimpa musibah.' Maka bagaimana pula dengan wasiat yang khurafat ini?. Perkara ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal muslim yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar.


Wasiat tersebut menyatakan bahawa si fulan dari negeri tertentu yang menyebarkan wasiat itu telah memperolehi puluhan ribu rupiah. Ini adalah usaha untuk menyeleweng dan menyesatkan orang-orang Islam dari jalan yang sebenar. Juga menyelewengkan umat dari sunah alam dan konsep sebab dan musabab yang telah dijadikan Allah sebagai undang-undang alam ini.


Memperolehi rezeki ada cara-caranya. Berpegang kepada. Perkara-perkara khurafat seumpama ini menyelewengkan pemikiran umat Islam. Kita bimbang kalau-kalau umat Islam mempercayai khurafat ini dan menyangka bahawa sesiapa yang menyebarkannya akan mendapat shafaat khusus daripada. Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya shafaat Rasulullah adalah untuk orang-orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar di kalangan umat-umatnya sebagaimana sabda baginda dlm sebuah hadis:



"Orang yang paling merasa bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah orang yang mengatakan "tiada tuhan yang lain daripada Allah" dengan penuh keikhlasan hatinya"

Kita memohon kepada Allah memberikan kefahaman yang benar tentang urusan agama, menunjukkan jalan yang lurus serta dijauhkan daripada mempercayai khurafat, rekaan-rekaan dan kebatilan.

Wassalam
Read more »

Thursday, May 13, 2010

Ghibah,MeNgaTa,...

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu
ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang
bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya
mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada
suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki
keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki
berbuat,pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua;
engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan
harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat
dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna

hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan
pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak
dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu
dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba
bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan
madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan
sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan,
lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas
itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar
semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun
meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas
itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang
sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil
itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu
tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan
perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya
lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah
mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian
dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke
rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya
Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang
diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang
pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti
bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka
marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal
kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap
akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka
janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu,
maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri
berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal
seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul
membuat ghibah."

Dan ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata
tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang
kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri
kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang
walaupun ia benar.

so,wahai kwn2, jauhknlah diri mu dr mengata2 org walaupun anda berniat nk bg pahala kat org yg anda sdg mengata tersebut : )
Read more »

Thursday, April 29, 2010

SYAHID..

Syahid Dunia dan Syahid Akhirat

Soalan:
Apakah beza syahid dunia dan syahid akhirat?

Jawapan:
Orang yang mati syahid sebenarnya ada 3 golongan iaitu syahid pada hukum
dunia dan Akhirat, syahid pada hukum dunia dan syahid pada hukum Akhirat.

Syahid dunia dan Akhirat ialah syahid dalam pertempuran menentang musuh di
medan pertempuran kerana menegakkan kalimah Allah. Orang yang mati syahid
sebegini tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disolatkan menurut jumhur
ulamak. Di Akhirat nanti ia akan memperolehi balasan istimewa dari Allah
SWT. Ia juga selamat dari soal kubur.

Syahid pada hukum dunia ialah orang yang mati kerana berperang menentang
orang-orang kafir tetapi telahpun mendapat gaji dari peperangan yang
dilakukannya atau mendapat bahagian harta rampasan dari peperangan tersebut
atau orang yang mati kerana memerangi golongan kafir dalam keadaan riya' dan
lain-lain.

Syahid pada hukum Akhirat ialah seperti orang yang dibunuh secara zalim,
orang yang mati kerana mengalami penyakit dalam perut, orang yang mati
kerana penyakit taun, orang yang mati tenggelam, orang yang mati dalam
keadaan dagang / musafir, orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu, orang
yang mati kerana menahan rindu, mati kerana melahirkan anak dan sebagainya.
Di dunia orang ini dikafan dan disolatkan. Di Akhirat ia akan mendapat
pahala khusus dari Allah.
Read more »

Tuesday, April 27, 2010

tOYoL

Hai kengkawan. cerita kat bawah ni jadikkan teladan ye
... bye..



TOYOL
Pada zaman dahulu terdapat seorang tua yang hidupnya
di bantu oleh seekor toyol bagi mendapatkan rezeki
yang tak halal tu.... hidup mereka saling bergantung
antara satu sama lain. Toyolnya amatlah taat
setia pada tuannya... setiap kali disuruh oleh
tuannya.. pasti ia akan bertugas.
Maka tibalah pada satu hari.. tuan toyol merasa
ajalnya hampir sampai.. dan pekara itulah amat
ditakuti olehnya.. terutamanya ketika hendak menjawab
soalan malikat mungkar nangkir... dan mencari
jalan untuk melepaskan dirinya. Lalu tuan toyol
ni pun pangillah toyol belaannya dan berkata...
'Toyol-toyol..... aku ada satu pekara yang hendakkan
engkau lakukan' Lalu Toyol itu pun menjawab
'Yess.. Bosssss...n' Tuan toyol berkata ' Sekiranya
aku mati nanti .... aku harap engkau dapat menuliskan
keseluruhan jawapan yang akan diberikan oleh imam
untuk menjawab segala soalan malikat mungkar nangkir
pada kain kapan aku ketika pengkubumian aku nanti'
Lalu toyol yang penuh Confident itu pun menjawab ' No
problem bossss..'

Selang beberapa bulan daripada tarikh tersebut...
maka tuan toyol itu tadi menemui ajalnya. Setelah
mayat tersebut di khafankan dan selamat
dikebumikan ... tetapi malangnya toyol tersebut
telah terlupa hendak menulis jawapan tersebut ...
dengan nada selambanya dia berkata ' aisyeaaa man...
lupa lak nak tulis... tapi tak pa .... tuan aku
teror... mesti dia boleh jawab punya'

Setelah kubur ditinggalkan maka datanglah malaikat
mungkar nangkir untuk menyoal tuan toyol.... Soalan
pertama diajukan .... "marrrrob buka"....lalu tuan
toyol tu pun duduk dengan confident nya sambil
menyelak kain khafannya bagi mendapatkan jawapannya...
Setelah diselaknya dia mula cemas kerana masih tidak
menemunya sehinggalah di penghujung kain khafannya
cemasnya mula reda kerana berjumpa dengan sepotong
ayat Maka dengan megah serta angkuhnya dia menjawab
'Made in China' Zrappppppppp...... satu sebatan
diberikan oleh malaikat tersebut...
Read more »

Pesanan kepada PAKU..

ikutilah kisah ini sebagai pengajaran:-

Paku Di Tiang

Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai
seorang anak
lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai
menunaikan
suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan
dan
perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain
amal
kebajikan, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan
pula
yang
menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam
jenis
kaki lagi menjadi kemegahannya.

Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni
terlalu

sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan
pacakkan
satu
tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu
kejahatan,
maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau
berbuat

satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini."
Bapanya

berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan
memukul
beberapa batang paku ke tiang
tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari.
Jarang-jarang
benar dia mencabut keluar paku dari tiang.

Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut
tengkujuh
berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang
yang
berdiri
megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan
paku-paku
dari
bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi
dengan
paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas.

Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang
menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam
diri
Mat
kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun
berazamlah

untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang.
Hari itu saja
lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknya
sembahyang
lagi
ditambah dengan sunat-sunatnya. Lebih banyak lagi paku tercabut.
Hari
berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka
semakin
banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak
kebaikan

yang Mat lakukan dan semakin
banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal
sebatang
paku
yang tinggal melekat di tiang. Maka ayahnyapun memanggillah anaknya
dan
berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku
cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?"

Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa
gembira
sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis
teresak-esak.
"Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau
gembira
kerana semua paku-paku tadi telah tiada." Dalam nada yang sayu Mat
mengeluh,
"Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada,
tapi aku
bersedih kerana parut- parut lubang dari paku itu tetap kekal di
tiang, bersama dengan karatnya."

Ikhwah dan akhawat yang dimuliakan, Dengan dosa-dosa dan
kemungkaran
yang
seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan (habit), kita
mungkin
boleh mengatasinya, atau secara beransur-ansur menghapuskannya,
tapi
ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita
menyedari
diri ini melakukan suatu kemungkaran, ataupun sedang diambang pintu
habit
yang buruk, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita
bergelimang dalam kemungkaran, makakita telah membenamkan sebilah
paku
lagi
yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita
cabut
kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam
diri
ini
sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan
tak
dicabut.

Wassalam
Read more »

MaNgkUk

ASSALAMUALAIKUM

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a.,Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., berziarah ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika mangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut termasuk di
dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

wassalam
Read more »

Pesanan Muslimin kepada Muslimat

ASSALAMUALAIKUM wbt

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH


Wahai teman...luangkanlah sedikit masamu untuk membaca kebimbangan hati seorang lelaki tentang perilaku wanita yang memayakan diri mereka 'sejajar' dengan kemajuan dunia zaman moden..

tatkala melayari laman web sosial wanita seringkali terlihat gambar WAJAH BERSEORANGAN mereka... Memang diakui lelaki macam ana sendiri tertarik dengan gambar2 tersebut ditambah pula dengan bermacam-macam posing dan pakaian yang mereka persembahkan...

Terfikir jua ana....bagaimana foto2 tersebut berani diuploadkan untuk menjadi tatapan umum? Lalu dgn percumanya dilihat oleh lelaki yang sememangnya terpesona dgn keindahan yang ada pada diri anda.....selesakah jika lelaki memandang anda? Sukakah anda apabila diperhatikan lelaki ketika di dalam kelas? Samalah situasinya di laman sosial ini...

Tidakkah takut kalau2 ada lelaki yg menyimpannya untuk dijadikan koleksi wallpaper dan screen saver?lalu disebarkan dengan mudah melalui bluetooth....bagaiman rasanya kalau keindahan wajah anda dinikmati oleh ramai lelaki? Tidak mustahil juga ada yang mengubahsuai gmbr tersebut mengikut citarasa mereka....Bangga....takut...kesal?
Biarlah antum yg tafsirkan..

Seringkali juga terjumpa gambar2 wanita di dalam handphone kawan2 lelaki ana....ramai yang mengakui bahawa foto2 tersebut diperolehi dari facebook,myspace dan lain2...malah ada yang menyusunnya di dalam folder khas untuk memudahkan mereka...sekiranya foto anda tersebut jatuh ke tangan mereka maka dgn sewenang-wenangnya gmbar antum itu dilihat berulang-ulang kali pada bila-bila masa DIKEHENDAKI....

tidak dinafikan adajiwa lelaki yg hatinya kekeringan iman lantaran kemarau maksiat yang menjadi rutin harianya....mereka ini tentu sekali akan tergiur jika melihat gambar anda.tidakkah antum bimbang gmbr2 tersebut mencairkan mereka? Tidak hairanlah ramai lelaki yang mendekati anda selepas melihat gambar anda tersebut....seAgung manakah cinta yg hadir bertopeng nafsu dan syaitan semata-mata ini?

Bagaimana pula jika lelaki yg sentiasa mencari cinta Ilahi melihat foto2 tersebut? Dikhuatiri hatinya jua akan turut sakit lalu tersungkur di serakah nafsu...

firman allah sbt maksudnya:
'wahai laki2 yg beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu'

meskipun allah mendahulukan lelaki kerana sekiranya laki2 menjaga matanya tidak mungkin wanita menjadi fitnah pada diriya....namun, tidaklah Allah lupa untuk memerintah perkara sam ke atas kaum wanita kerana sekiranya kedua-duanya mematuhi arahan tersebut maka terselamatlah mereka daripada fitnah tersebut.

Jika anda ingin dikenali, janganlah berani menyiarkan gambar WAJAH BERSEORANGAN antum tersebut,,,memadailah dengan gmbr anda bersama-sama teman anda...pastinya identiti anda di laman tersebut diketahui. Jangan jadi paranoid yg kalah psikologinya.

Wanita
sayangilah wajahmu
keindahan kelopak bungamu
jangan dibiar dipetik oleh
tangan2 kehancuran
kemanisan madumu
jangan dibiar dihisap oleh
kumbang2 kehausan
biarlah 1001 keindahan tersebut
dinikmati oleh yg selayaknya.....

sekadar perkongsian untuk direnungkan bersama agar wanita terselamat daripada dieksploitasi lelaki.......sedih melihat ramai bunga yg gugur rebah ke bumi akibat kelekaan........

Diambil drpd : link
Read more »

Monday, April 26, 2010

Kisah Teladan

>>Dua Orang Yahudi di hukum Mati<<

masa peperangan antara orang Islam dengan orang-orang kafir Kristian yang dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang dengan habis-habisan menentang musuhnya. Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam.

Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kaum kafir Kristian yang datang dari Eropah. Salah seorang raja yang banyak jasanya dalam perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi) keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 masihi dan wafat 1174 masihi, adalah seorang raja yang terkenal takwa, warak dan adil. Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil). Pada waktu malam baginda bangun untuk salat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas sembahyang, wiridnya sentiasa panjang.

Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi panglima perang Salib di pihak Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Baginda sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum muslimin yang dipimpinnya dalam berjihad akan berhasil.

Selanjutnya, suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak sangat risau, seolah-olah ada yang tidak kena pada dirinya. Menteri-menterinya menyedari hal ini, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya beberapa malam yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: “Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!” Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.

Tidak seorangpun yang diberitahu tentang mimpi itu, dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah SAW. Kerana beliau sendiri telah bersabda: “Siapa yang melihat aku dalam mimpi, samalah ertinya dengan melihat aku di waktu bangun, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai aku.” Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu sehubungan dengan peperangan. “Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tapi mengapa kali ini baginda kelihatan amat sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Nuruddin tidak habis-habis merenung dan berfikir: “Ah, ini tentu ada yang tidak mengena pada keperibadian baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah Umat Islam,” kata Nuruddin dalam hatinya.

Dekat seminggu lamanya Raja adil itu memikirkan dengan risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi, peristiwa seperti mimpi yang pertama dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi: “Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu!” Baginda terkejut dan bangun kemudian langsung berwuduk, terus bersembahyang tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam sunyi itu. Kerana terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi. Dalam masa yang tidak seberapa lama, sudah tiga kali beliau berjumpa Rasulullah dalam keadaan muram. “Perkara ini benar-benar serius agaknya dan tidak boleh kusimpan seorangan sahaja,” kata Nuruddin pada dirinya sendiri. Apabila baginda tergerak hatinya untuk memanggil orang kepercayaannya, baginda teringat akan sabda Rasulullah: “Bahawa apabila seseorang bermimpi buruk, hendaklah jangan diceritakan kepada sesiapapun. Insya Allah tidak akan terjadi apa-apa.” Nuruddin berfikir sekejap. Sanggupkah dia menyimpan mimpi itu seorang diri? Tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang adalah manusia termulia.

Selepas sembahyang Subuh di pagi hari Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat warak, takwa dan amanah seperti Rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin sehubungan dengan mimpinya. Kerana Nuruddin yakin, bahawa walau bagaimanapun Jamaluddin tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja. Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, di sana sini kedengaran kokok ayam silih berganti dan waktu kerjapun masih lama lagi akan bermula. Namun menteri Jamaluddin Al-Mushly sudah berangkat ke istana negara kerana menjunjung titah baginda. “Engkau adalah orang yang paling kupercaya untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku padamu,” kata Raja kepada Jamaluddin dan menceritakan mimpi yang dialaminya. Jamaluddin mendengarkan dengan serius. Ia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita Rajanya. Kemudian Jamaluddin berkata: “Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah.” “Betul itu. Akupun ingat demikian,” kata Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin. Nuruddin bertanya: “Jadi, agak-agak apakah pendapatmu tentang mimpiku itu.” Jamaluddin menjawab: “Menurut pendapat hamba, ada rancangan jahat dari orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya.

Tuanku diberi tugas untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut.” Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuannya setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin. Baginda percaya bahawa pendapat menterinya itu benar belaka. Berkata Nuruddin: “Pendapatmu betul, sekarang ke mana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Jamaluddin mengajukan usul: “Bagaimana kalau sekiranya baginda raja yang pergi ke Madinah Al-Munawwarah terlebih dahulu. Di sanalah tuanku dapat berdoa di makam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk kepada Allah di sisi kubur kekasihNya. Mudah-mudahan, di sana tersingkap rahsia mimpi paduka itu.” Semua persediaan dan perbekalan segera dipersiapkan. Maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat ibu kota berpusu-pusu di hadapan istana negara untuk mengucapkan selamat jalan kepada Raja yang mereka hormati. Berangkatlah Raja yang adil bersama beberapa pegawai tinggi negara menuju Madinah.

Di setiap kampung yang dilaluinya, baginda disambut mesra oleh rakyatnya. Baginda merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai rakyatnya. Rakyat pun berasa gembira melihat Raja yang berjiwa rakyat dan tidak putus-putusnya tersenyum kepada semua rakyat. Namun, di sebalik senyuman raja yang dilepaskan kepada rakyatnya, ada perasaan risau dan ngeri yang menghantui baginda secara berterusan. Yakni wajah kedua lelaki yang dilihat dalam mimpinya selalu membayangi kemana sahaja baginda pergi. Tidak sesaatpun wajah itu hilang dari pandangan baginda. Baginda juga dapat menggambarkan dengan jelas tentang perwatakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajahnya, matanya, susunan giginya, mulutnya, janggutnya bahkan kesemua seluruh tubuh kedua mereka itu. Kalau, kedua lelaki itu melintas di hadapan baginda maka sudah pasti, baginda akan menangkapnya. Disebabkan baginda sentiasa asyik memikirkan tentang kedua lelaki itu, kadang-kadang baginda terpisah dari rombongannya. Baginda tidak putus asa untuk mencari kedua lelaki itu, baginda pergi secara persendirian mengembara antara bukit-bukit.

Para pengawal tidak berani menegur apa-apa sebaliknya mereka hanya memerhatikan Raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkannya apabila beliau terpisah jauh dari rombongan. Setelah beberapa hari perjalanan, rombongan baginda sampai di sempadan Madinah. Jamaluddin memberitahu baginda: “Tuanku, sekejap lagi kita akan memasuki ke kota Rasulullah SAW, oleh itu bersiap sedialah tuanku.” Berkata Raja: “Apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?” Berkata Jamaluddin: “Pertama hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba’ dan bersembahyang tahiyatul masjid, ini adalah untuk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah SAW sendiri.” Kemudian Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin, setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba’, rombongan diraja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia inilah jenazah yang teramat mulia Rasulullah SAW bersemadi.

Perasaan mereka yang berada di hadapan tempat jenazah baginda Rasulullah SAW di semadikan adalah amat berlainan sekali, mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain. Lalu Raja mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memohon kepada Allah SWT supaya rahsia di sebalik mimpinya itu di perlihatkan kepadanya sebelum kedua manusia jahat melaksanakan niat jahat mereka. Degupan hati Raja yang begitu khusyuk dalam doanya menyebabkan air mata mengalir tanpa disedarinya. Memang di sinilah salah satu tempat diperkenankan doa. Wajah Rasulullah SAW semakin jelas di mata Raja seolah-olah Rasulullah SAW menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Raja. Baginda terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi: “Kenalilah aku, dan bebaskanlah aku dari kedua lelaki ini.”

Setelah baginda raja berdoa dengan penuh khusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulia tempat bersemayamnya Rasulullah SAW. Oleh kerana Raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memanggil gabenor Madinah dengan berkata: “Saya mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah tanpa ada sesiapapun yang dikecualikan, saya ingin bersalaman dengan mereka.” Berkata gabenor Madinah: “Baik tuanku, segala titah raja akan dijalankan.” Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran dengan kota Madinah.

Berkata gabenor Madinah kepada penduduk kota Madinah dan sekitarnya: “Atas perintah Raja Nuruddin, semua rakyat Madinah dan kawasan yang berhampiran denganya, samada lelaki atau wanita, tua atau muda dari berbagai jenis agama dikehendaki hadir di dewan orang ramai, kerana baginda Raja Nuruddin hendak bertemu dengan semua penduduk di sini.” Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorangpun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai. Apabila seluruh penduduk kota Madinah telah berkumpul, gabenor Madinah pun melapurkan kepada Raja: “Tuanku, semua rakyat telah berkumpul dan mereka sedang menunggu kehadiran tuanku.” Berkata Raja Nuruddin: “Apakah kamu yakin bahawa semua rakyat telah datang untuk bersalaman dengan saya?” Berkata gabenor Madinah. “Insya Allah.” Setelah Raja mendengar penjelasan dari gabenor, Madinah, maka Raja pun segera pergi ke tempat orang ramai yang sedang menunggunya. Wajah kedua lelaki yang datang dalam mimpinya semakin mencabar di hadapannya.

Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka bagindapun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Raja Nuruddin sentiasa mencari-cari wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. Berkata Raja, Nuruddin: “Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.” Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: “Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.” Raja Nuruddin berkata: “Di mana mereka berada, dan siapakah mereka itu?” Denyutan jantung Raja Nuruddin semakin cepat, tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: “Mereka berdua adalah ahli tasauf dan ahli hikmat, sangat warak dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.” Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan beliau berkata: “Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga.”

Tidak beberapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawaduk, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: “Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.” Walaupun kedua mereka itu berada di hadapan beliau, beliau belum pasti samada beliau bermimpi atau tidak, lalu beliau menggosok kedua biji mata beliau dan dibukanya mata beliau terang-terang. Ternyata kali ini beliau tidak mimpi, beliau kini berada betul-betul di hadapan orang yang menjadi buruan beliau. Raja Nuruddin memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi, mata dan lain-lain. Akhirnya beliau meyakini dengan seratus peratus bahawa memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikutkan hati Raja Nuruddin hendak ditanya sahaja: “Siapakah kamu berdua ini.” Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawaduk, gerak-geri mereka tidak sedikitpun mencurigakan.

Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasauf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. “Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh keduanya? Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin. Beliau hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorangpun yang dapat membaca perasaan Raja Nuruddin. Raja Nuruddin serba salah sebab orang ramai mengenali kedua mereka sebagai alim dan menunjukkan sikap yang penuh tasauf, baginda Raja juga menghormati kealiman dan ketasawufan mereka. Oleh kerana Raja Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis pada hari itu bersurai setelah baginda Raja bersalam dengan semua rakyatnya seperti yang dijanjikan. Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai, orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam dengan Raja mereka. Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak puas hati ialah Raja Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab.

Selepas menunaikan sembahyang Raja Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak-banyak, kemudian beliau berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut beliau meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah SWT. Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: “Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?” Berkata raja Nuruddin: “Ya, sudah.” Jamaluddin bertanya: “Yang mana satu tuanku?” Berkata Raja Nuruddin: “Jemputan yang terakhir sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku.” Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, pertanda dia sedang memikirkan sesuatu. Berkata Raja Nuruddin: “Tapi yang peliknya saya tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?” Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata Rajanya maka dia pun berkata: “Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik.

Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat.” Berkata Raja Nuruddin: “Betul katamu itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura-pura Islam, sedangkan tujuannya untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat.” Raja Nuruddin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Berkata Raja Nuruddin lagi: “Apakah yang harus kita lakukan?” Berkata Jamaluddin: “Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit.” Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin.

Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki yang disyaki juga awal-awal lagi telah berangkat menuju ke majlis diraja. Apabila Raja Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar dari rumah mereka, kemudian Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama fekah dan juga tasauf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?” Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.

Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata: “Eh, ada papan.” Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.” Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang ramaipun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu.

Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir benar dekat pada jasad Rasulullah SAW. Setelah mendapat kepastian dari orang yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu kedua-dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa ke pengadilan. Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.

Raja Nuruddin sujud syukur kepada Allah SWT kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayat dan pertolongan-Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi, Raja Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling kubur Rasulullah dipagar dengan kongkrit sampai ke bawah tanah. Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, kali ini Rasulullah merangkul dan memeluk leher beliau. Apabila telah tiba masanya Raja Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan. Raja Nuruddin pun kembali ke Mousul dengan diiringi doa dan air mata oleh sekalian rakyat yang mencintainya.


Dipetik Dari Buku: 1001 Durjana Himpunan Kisah Insan Derhaka
Pengarang: Muhammad Isa Selamat.
All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG 1991
Read more »

Pantong utk kekwan...

Emak kata jangan main cinta,
Kerana cinta itu buta ,

Emak kata jangan pura-pura ,
Kerana akan menyesal jua ,

Emak kata jangan lawan kata orang tua ,
Kerana akan mendapat dosa ,

Emak kata jangan suka mengata ,
Kerana ianya sia-sia ,

Tapi, emak kata ,
Aku selalu lupa ,
Lupa untuk berjaya,

Sekarang tak kata apa-apa,
Hanya tau senyum je ,
Kini aku faham apa emak kata ,

Emak nak tengok aku berjaya ,
Emak nak tengok aku gembira ,

Aku tak mahu lawan cakapnya ,
Kerana aku sayang padanya ,

Emak ada kata jangan main-main ,
Belajar rajin-rajin ,
Kalau tak jangan teringin,
Nak jadi macam orang lain,
Lebih baiklah terus kahwin,
Tak ada menyusahkan orang lain ,

Emak kata jagalah kawan,
Kawan itu satu persahabatan,
Keakraban dan juga persefahaman,
Tiada perbezaan dalam kehidupan,

Aku amat menghargai rakan ,
Dkau sahabat jgnlah lupakan kawan,
so, kpd kwn yg dah gi jauh2 tu nnti jgn lupa budak2 yg
masih ade lg dekat2 sini....
Read more »

Thursday, April 22, 2010

Nasihat Imam Ghazali : ILMU

Sungguh indah, tolong bace..
Wahai anak!

Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya; karena terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang. Terutama di kalangan penuntut ilmu yang membuang- buang waktu dalam mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Ia mengira bahwa di dalam ilmu tak berseri itulah terkandung keselamatan dan ke bahagiaan, dan ia menyangka tak perlu beramal. Inilah kepercayaan filsuf-filsuf.

Ia tidak tahu bahwa ketika telah ada pada seseorangitu, ilmu, maka apa yang memberatkan, seperti disabdakan Rasulullah saw, "Orang yang berat menanggung siksa di hari kiamat ialah orang yang berilmu namun tidak mendapat manfaat dari ilmunya itu."



Wahai anak!

Janganlah engkau hidup dengan kemiskinan amal dan kehilangan kemauan kerja. Yakinlah bahwa ilmu tanpa amal semata-mata tiak akan menyelamatkan orang.

Jika di suatu medan pertempuran ada seseorang yang gagah berani dengan persenjataan lengkap dihadapkan dengan seekor singa yang galak, dapatkah senjatanya melindunginya dari bahaya, jika tidak diangkat, dipukulkan, dan ditikamkan? Tentu saja tidak akan menolong, kecuali jika diangkat, dipukulkan, dan ditikamkan!

Demikian pula, jika seseorang membaca dan mempelajari seratus ribu masalah ilmiah, jika tidak diamalkan maka tidaklah akan mendatangkan faedah.


Wahai anak!

Berapa malam engkau berjaga guna mengulang-ulang ilmu, membaca buku, dan engkau haramkan tidur atas dirimu. Aku tidak tahu, apa yang menjadi pendorongmu. Jika yang menjadi pendorongmu adalah kehendak mencari material dan kesenangan dunia, atau mengejar pangkat atau mencari kelebihan atas kawan semata, maka malanglah engkau.

Namun jika yang mendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syariat Rasulullah saw, dan menyucikan budi pekertimu, dan menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau. Benar sekali kata seorang penyair, "Biarpun ngantuk menyiksa mata, akan percuma semata-mata. Jika tak karena Allah semata."



Wahai anak!

Hiduplah sebagaimana maumu. Namun ingat! Bahawasanya engkau akan mati. Dan cintailah siapa yang engkau sukai. Namun ingat! Engkau akan berpisah dengannya. Dan berbuatlah seperti yang kau kehendaki. Namun ingat! Engkau akan menerima balasannya nanti.
Read more »

Thursday, January 14, 2010

Hasil Kajian Dr Masaru Emoto

Assalamualaikum...
Baru2 ini salah seorang ahli keluarga saya mengikuti sebuah kem dan telah mendapat beberapa input. Saya ingin berkongsi sikit dgn semua org tentang input tersebut.
Dr. Masaru Emoto ialah seorang saintis di Jepun yang banyak membuat kajian ke atas molecule air. Hasil kejian beliau telah menghasilkan keputusan yang menunjukkan kebenaran Islam.
Seperti kita semua maklum molecule air akan bertindak mengikut apa yg kita sebut dan dengar. Sebab tu kadang2 kita bacakan Yassin kepada air. Badan kita mengandungi hampir sepenuhnya air, betul tak? Untuk pengetahuan semua, air mampu menyerap tenaga dengan baik dan banyak. Sebab tulah, banyak benda yang boleh dibuat dengan air dan terpulanglah kepada kita macam mana hendak memanfaatkannya. Macam yang kita tahu, molecule air cepat bertindak ke atas apa yang kita bacakan kepadanya.

Menurut kajian Dr. Masaru Emoto, air menghantar mesej kepada kita semua. Molecule of water will react upon the frequency and the condition surrounding us. This is also together with what we heard and said everyday. Dr. Emoto juda ada publish sebuah buku yang bertajuk "The Message from Water"
Beliau telah memerhatikan molecule air dan menangkap gambar2 molecule air.


Inilah bentuk molecule air yang sebenar tanpa sebarang gangguan. Inilah bentuk yang sepatutnya. Tetapi apakah yang akan berlaku sekiranya kita sentiasa mencarut dan melemparkan kata-kata hina? Kalau kita berzikir dan membaca al-quran selalu, macam mana pula? Satu lagi kalau kita bermeditasi dan bertafakur?

Read more »

Wednesday, January 13, 2010

ARE YOU A FACEBOOK-ER??

FACEBOOK
BOLEH MENJADI HARAM
Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.
Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
23_1-3
“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]
Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.
Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.



A courtesy from a dear friend of mine,
thx Asna(x-tku seseri 09)~
Read more »

Wednesday, January 6, 2010

Tahu, Mahu dan Jihad

Manusia ditaklifkan dengan untuk tiga perkara. Menjadi a'bid iaitu hamba, daei' iaitu pendakwah dan menjadi khalifah iaitu penjaga alam ini.

Hampir semua orang tahu perkara ini. Sebahagian dari mereka mahu untuk menjalankan tugas-tugas tersebut. Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermujahadah (jihad) untuk melakukannya.

Kita tahu dosa itu tidak bagus. Kita mahu untuk menghindari dosa. Tetapi sejauh manakah kita bermujahadah untuk menghindari dari dosa? Sengaja persoalan tersebut ditinggalkan untuk difikirkan.

Banyak manusia tahu qiamullail itu baik. Ramai juga mahu melakukannya. Tetapi mengapakah kita susah sangat untuk bangun qiamullail?

Kita tahu solat jemaah itu dapat 27 kali ganda. Kita juga mahu mengutip sebanyak pahala untuk bekalan kita di hari akhirat. Tetapi, mujahadah untuk ke masjid? Sangat-sangatlah kurang.

Kita tahu dakwah itu wajib atas umat Islam. Kita mahu untuk berdakwah. Tetapi mengapakah kita susah sangat untuk bermujahadah untuk berdakwah?

Wahai sahabatku, tahu tanpa amal, bagaikan pokok yang tiada buah. Amal tanpa jihad sia-sia. Pentingnya jihad bukan di medan perang sahaja, tetapi di medan nafsu dirimu juga.

Kekuatan umat Islam bukan hanya terletak pada ketinggian ilmu, keazaman yang tinggi, tetapi semangat mujahadah yang tinggi juga.

Tapi mengapalah jihad menjadi perkataan yang sensitif??

._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._.

Akihisa Des...

http://atomsilverisag.blogspot.com/

omaidatou to 54th gen >_<

gambatte kudasai.....haip!

Wallahua'lam
Read more »

Ajukan Soalan Kepada Admin

 
Cheap Web Hosting | Top Web Host | Great HTML Templates from easytemplates.com.