Sunday, April 25, 2010

21 Puteri

Kisah Tuan Puteri

Pada suatu zaman perbalahan dahulu di negeri melaka,
ade seorang sultan yang amat adil dan bijak laksana.
Baginda sultan mempunyai seorang puteri yang amat
cantik rupawan rupa parasnya. Namun begitu tuan puteri
ini mempunyai suatu kuasa di luar batasan dimana apa
saje benda yang disentuhnya akan menjadi cair...
Bukan saja kerusi, meja, katil malah jua makanan akan
turut cair apabila disentuhnya. maka disebabkan itulah
semakin hari semakin kuruslah jadinya tuan puteri itu.
Kejadian ini amat-amat menakutkan baginda sultan
kerana baginda amat menyayangi puterinya yang sorang
itu. Puas sudah baginda mencuba perlbagai cara untuk
mengubati penyakit luar biasa puterinya itu dengan
memangil doktor, bomoh ataupun tabib. Namun begitu
tetap begitu jualah penyakit adinda puterinya itu.

Adapun suatu hari tuk nujum istana telah memberitahu
baginda bahawa baginda sultan haruslah mencari suatu
benda yang tidak akan cair apabila disentuh oleh tuan
puteri, maka apabila benda tersebut tidak cair maka
sumpahan yang menimpa tuan puteri akan hilang. Maka
Baginda pun mengesyorkan suatu pertandingan diadakan
dengan barang siapa yang dapat membawa barang yang
tidak akan cair apabila dipegang oleh tuan puteri,
maka orang tersebut akan dikahwinkan dengan tuan
puteri.

Adapun terdapat 3 orang putera raja dari negeri
bersebelahan datang berhajat untuk masuk bertanding.
Adapun putera raja pertama berasal dari pahang datang
membawa sebiji permata, kerana dia merasakan bahawa
permata itu terlalu keras dan tentu sukar untuk cair.
Maka tuan puteri pun menyentuhlah permata
tersebut..... tapi cair jugak akhirnya. Putera kedua
berasal dari negeri kedah datang membawa sebatang
logam yang amat kerasnya. Namun begitu nasibnya tetap
malang apabila batang besi yang keras itu akhir juga
setelah disentuh oleh tuan puteri.

Adapun putera ketiga datang dari negara sepanyol yang
hanya bergelar spainboy (muahhaha iklan diri sendiri)
datang menghadap tanpa membawa sebarang benda untuk
dipersembahkan. "Mana barangnya yang ingin kamu
persembahkan untuk disentuh oleh tuan puteri?" soal
baginda sultan melaka. "Ada tuanku... silalah tuan
puteri datang ke hadapan hamba... dan seluklah tangan
tuan puteri ke dalam kocek seluar hamba ini dan
sentuhlah barang di dalamnya." jelas putera spainboy
itu sambil tersenyum manis.

Lalu tuan puteri pun menurut sajalah kehendak putera
spainboy tadik lalu diseluklah tangannya ke dalam
poket seluar spainboy. Taaaaadaaa... haa.. amat
ajaibnya benda yang disentuh tuan puteri itu lansung
tidak cair... Akhirnya berjaya jualah putera spainboy
itu membuangkan sumpahan pada tuan puteri dan akhirnya
mereka berdua pun dikahwinkan. Mmmm korang mesti nak
taukan apa benda yang tak cair dipegang oleh tuan
puteri itu...!!??

Jawapannya......
cokelat M&M - "tidak cair di tangan
tapi cair di mulut"

2 comments:

AsyzRuffz said...

haha, sengal..

Ustaz Abbas said...

serius..
merapu~..
best gak la..

Ajukan Soalan Kepada Admin

 
Cheap Web Hosting | Top Web Host | Great HTML Templates from easytemplates.com.