Wednesday, May 26, 2010

surat berantai... sile sampai2kan

Surat Berantai : Hukum dan Penjelasan
Ini adalah contoh Surat Berantai bertajuk : "Wasiat untuk semua umat Islam di seluruh dunia daripada Sheikh
Ahmad (Madinah)" yang pernah menakutkan kita sikit masa dahulu.

Bismillahirahamanirahim
Pada satu malam di kala hamba membaca al-quran di makam Rasulullah, selepas membaca hamba letih lalu
tertidur. Di dalam tidur hamba bermimpi di mana Rasulullah mendatangi hamba lalu bersabda:


"Dalam 60,000 orang di dunia di zaman ini, tiada seorang pun yang matinya di dalam keadaan beriman.
Isteri-isteri tidak lagi mendengar kata-kata suami, ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi membuat
kebajikan. Oleh itu Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyedarkan orang-orang ini supaya membuat kebajikan, kerana
hari penghabisan (kiamat) akan tiba, yang mana semua bintang-bintang akan terbit dari langit, sesudah itu
pintu (taubat) akan tertutup, tulisan di-dalam al-quran akan hilang dan matahari turun dekat di atas kepala".



Pesanan hamba ini

Berselawatlah untuk jujungan kita Nabi Muhamaad s.a.w, bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka. Sembayanglah jangan ditinggalkan, keluarkan zakat, berpuasalah dan tunaikan haji jika mampu.


Perhatian

Setelah membaca wasiat ini, maka hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan pada orang lain atau dikirimkan sebanyak 20 keping. Sekiranya ini ada dilakukan anda akan dianugerahi Allah sesuatu niat atau hajat. Dan niat atau hajat anda akan dikabulkan oleh Allah. Kata Sheikh Ahmad lagi, jika apa yang hamba katakan tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan biarlah tidak dapat perlindungan atau syaffaat daripada Rasulullah s.a.w ( nauzubillah ) Oleh itu hendaklah dituliskan atau dicetak sebanyak 20 keping dan disampaikan kepada orang lain dalam masa dua (2) minggu dan beroleh kebahagian dan kesejahteraan. Lakukanlah ini dengan niat kerana Allah dan ingat apabila anda menerima surat ini, janganlah dibiarkan atau diabaikan.


Untuk maklumat

Seorang saudagar dari Bombay telah menerima wasiat dan beliau kemudiannya mencetak 20 salinan dan mengirimkannya kepada orang lain. Ia kemudian dianugerahkan Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.

Tan Sri Ghazali bekas Menteri Besar secara tidak langsung telah dipecat jawatannya, kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau telah terlupa menulis 20 salinan untuk diedarkan kepada orang lain tetapi beliau telah mula menyedari kesilapan itu lalu beliau mencetak wasiat ini dan terus mengirimkan kepada orang lain dan berapa hari kemudian beliau dilantik menjadi menteri kabinet.

Perdana Menteri Zulfiqar Ali telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenaran dan mengangap ianya palsu lalu dibuangkannya ke dalam bakul sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman mati.


Di Terangganu seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini melalui kawannya dari Melaka. Malangnya beliau tidak mengindahkan surat wasiat ini dan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja diadakan untuk menakutkan orang yang membacanya Berapa minggu kemudian beliau mengidap penyakit yang ganjil dan penyakitnya amat menyedihkan. Setelah hampir tiga minggu beliau dirawat di hospital dan malangnya penyakitnya sukar diubati oleh doktor yang merawatnya. Akhirnya baru beliau teringat akan surat wasiat yang masih dalam simpanannya lalu beliau suruh sepupunya mencetak wasiat ini dan dibahagikan kepada orang lain. Seminggu kemudian beliau berangsur pulih sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh orang yang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengirimkan kepada orang lain dimana mereka mendapat berbagai malapetaka. Setelah mengenangkan kejadian yang menggemberikan dan menyakitkan ini diharap anda jangan lupa menyempurnakan 20 salinan dalam masa 90 jam dari masa anda membaca wasiat ini.

Insya Allah anda akan memperolehi sesuatu yang dihajati dan akan menerima anugerah dari Allah dan berdoalah kepada yang Maha Esa dengan penuh keyakinaan. Pasti ianya akan menerangi hidup anda dengan nikmat ketenangan
hidup.


Sekian wassalam......

Penjelasan Surat Berantai Ini adalah penjelasan yang saya dapat menerusi kiriman email daripada seorang sahabat. Semoga perkara ini menjadi pengiktibaran kepada kita dalam kehidupan seharian. Wallahu 'alam.


Soalan:

Saya telah terbaca satu surat (wasiat) dan amat terkejut dgn isi kandungannya. Ia dikatakan sebagai satu wasiat daripada Sheikh Ahmad (pemegang anak kunci makam Rasullullah s.a.w) kepada semua umat di seluruh dunia. Di akhir wasiat itu beliau berkata, "Di Bombay terdapat seorang yang telah menyalin wasiat itu sebanyak 30 salinan dan dia telah dikurniakan Allah rezeki sebanyak 25000 rupiah. Seorang lagi menyebarkan wasiat itu diberikan rezeki 6000 rupiah oleh Allah. Terdapat seorang yang mendustakan wasiat ini, maka dia telah kematian anaknya pada hari itu juga. Dia berkata bahawa sesiapa yang menerima wasiat ini dan tidak menyebarkannya akan ditimpa musibah yang besar. Apakah pandangan tuan terhadap wasiat ini? Adakah ia benar atau dusta?.


Dr. Yusof Al-Qardawi menjawab:

Ramai orang tertanya-tanya tentang wasiat ini. Sebenarnya ia bukanlah perkara baru. Saya telah melihatnya semenjak puluhan tahun dahulu. Wasiat ini dikaitkan dgn seorang lelaki bernama Sheikh Ahmad, pemegang kunci makan Rasullulah s.a.w. Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah atau Hijaz tentang Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya atau mendengar khabar berita mengenainya. Iannya tidak pernah dikenali dan tidak pernah dilihat oleh penduduk Madinah. Tetapi terdapat orang yang menyebarkan apa yang dikatakan sebagai wasiat ke negara-negara Islam.


Wasiat itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi agama. Persoalan yang dikemukakan dalam surat itu tidaklah berhajat kepada wasiat Sheikh Ahmad atau Sheikh Omar. Sesungguhnya Al-Quran dengan jelas telah menyatakan sebahagian daripada itu. Kita sudah ada Al-Quran dan Sunnah, kedua-duanya sudah lebih daripada mencukupi.
Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah:


"Hari ini Aku sempurnakan bagimu agama kamu (Islam) dan Aku sempurnakan ke atasmu nikmat-Ku serta Aku reda Islam sebagai agama kamu"

Sesiapa yang menyangka bahawa agama Islam, setelah disempurnakan dan dilengkapkan oleh Allah, masih lagi berhajat kepada wasiat orang yang tidak diketahui asal-usulnya, sesungguhnya telah timbul keraguan dan syak di hatinya akan kesempurnaan dan kesyumulan Islam itu.

Terdapat tanda-tanda pembohongan dan kejahatan pada wasiat tersebut. Orang yang melakukannya telah mengancam serta menakut-nakutkan orang ramai, iaitu sekiranya wasiat itu tidak disebarkan, mereka akan ditimpa musibah, kematian anak-anak atau kehilangan harta benda. Inilah yang tidak pernah diucapkan oleh manusia bahkan tidak ada dalam kitab Allah dan sunah Rasul-Nya.


Manusia tidak pernah menerima perintah seperti 'sesiapa yang membaca Al-Quran hendaklah disalin 25 salinan dan menyebarkannya. Jika tidak melakukan demikian, dia akan ditimpa musibah.' Maka bagaimana pula dengan wasiat yang khurafat ini?. Perkara ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal muslim yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar.


Wasiat tersebut menyatakan bahawa si fulan dari negeri tertentu yang menyebarkan wasiat itu telah memperolehi puluhan ribu rupiah. Ini adalah usaha untuk menyeleweng dan menyesatkan orang-orang Islam dari jalan yang sebenar. Juga menyelewengkan umat dari sunah alam dan konsep sebab dan musabab yang telah dijadikan Allah sebagai undang-undang alam ini.


Memperolehi rezeki ada cara-caranya. Berpegang kepada. Perkara-perkara khurafat seumpama ini menyelewengkan pemikiran umat Islam. Kita bimbang kalau-kalau umat Islam mempercayai khurafat ini dan menyangka bahawa sesiapa yang menyebarkannya akan mendapat shafaat khusus daripada. Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya shafaat Rasulullah adalah untuk orang-orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar di kalangan umat-umatnya sebagaimana sabda baginda dlm sebuah hadis:



"Orang yang paling merasa bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah orang yang mengatakan "tiada tuhan yang lain daripada Allah" dengan penuh keikhlasan hatinya"

Kita memohon kepada Allah memberikan kefahaman yang benar tentang urusan agama, menunjukkan jalan yang lurus serta dijauhkan daripada mempercayai khurafat, rekaan-rekaan dan kebatilan.

Wassalam

2 comments:

Anonymous said...

Imamul Wasatiyyin-Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi

Ahmad Solihin Mohd Amin said...

syukran atas penjelasan...

Ajukan Soalan Kepada Admin

 
Cheap Web Hosting | Top Web Host | Great HTML Templates from easytemplates.com.