Sunday, February 28, 2010

Jom Kongsi Info

Assalamualaikum,

Kepada semua sahabat-sahabat yang dikasihi.. memandangkan keputusan SPM bakal diumumkan tidak lama lagi.. sudah pastinya semua dalam musim 'demam' kerisauan.. ada yang risau dgn keputusan yang bakal menjelma.. ada pula yang risau dgn permohonan mendapatkan biasiswa mahupun kemasukan ke IPTA/IPTS..

Jurusan dan Bidang

Walau apapun yang berlaku, keputusan SPM tetap akan diumumkan.. dan, insya-ALLAH, kita semua akan menjejakkkan kaki ke alam Universiti.. oleh itu, ana sarankan kepada semua sahabat-sahabat agar kita semua berkongsi maklumat tentang bidang-bidang yang kita minati.. ini secara tidak langsung memberikan kita input-input tentang sesuatu bidang, justeru membolehkan kita membuat pilihan yang tepat..

Temuduga dan interview

Dalam sesi temuduga juga insya-ALLAH akan disoal sedikit sebanyak tentang pengetahuan kita terhadap bidang yang menjadi pilihan kita (ia bertujuan untuk menilai tahap minat kita terhadap bidang tersebut) .. berdasarkan pengalaman saya, para interviewer akan dapat mengenalpasti mereka yang betul-betul tahu tentangnya atau tidak.. so, it's no use to tell lies and pretending there.. Jadi, marilah kita kongsi maklumat mengenai 'Apakah bidang ini?' serta info terkini mengenai bidang tersebut i.e. teknologi / penyakit terkini dalam perubatan, masa depan bioteknologi di Malaysia dsb.. [sekadar cadangan]

Semoga apa yang kita luangkan di sini sedikit sebanyak bermanfaat kepada kita semua, insya-ALLAH..

Selamat Berkongsi Maklumat..

p/s : Di sini ada satu link yang ingin dikongsikan oleh seorang sahabat kita berkenaan tajaan untuk belajar di Jepun.. boleh lah explore dan print borang jika berminat.. [Link]

Barakallahu fii kum..

Assalamualaikum..

0 comments:

Ajukan Soalan Kepada Admin

 
Cheap Web Hosting | Top Web Host | Great HTML Templates from easytemplates.com.