Thursday, January 14, 2010

Hasil Kajian Dr Masaru Emoto

Assalamualaikum...
Baru2 ini salah seorang ahli keluarga saya mengikuti sebuah kem dan telah mendapat beberapa input. Saya ingin berkongsi sikit dgn semua org tentang input tersebut.
Dr. Masaru Emoto ialah seorang saintis di Jepun yang banyak membuat kajian ke atas molecule air. Hasil kejian beliau telah menghasilkan keputusan yang menunjukkan kebenaran Islam.
Seperti kita semua maklum molecule air akan bertindak mengikut apa yg kita sebut dan dengar. Sebab tu kadang2 kita bacakan Yassin kepada air. Badan kita mengandungi hampir sepenuhnya air, betul tak? Untuk pengetahuan semua, air mampu menyerap tenaga dengan baik dan banyak. Sebab tulah, banyak benda yang boleh dibuat dengan air dan terpulanglah kepada kita macam mana hendak memanfaatkannya. Macam yang kita tahu, molecule air cepat bertindak ke atas apa yang kita bacakan kepadanya.

Menurut kajian Dr. Masaru Emoto, air menghantar mesej kepada kita semua. Molecule of water will react upon the frequency and the condition surrounding us. This is also together with what we heard and said everyday. Dr. Emoto juda ada publish sebuah buku yang bertajuk "The Message from Water"

Beliau telah memerhatikan molecule air dan menangkap gambar2 molecule air.


Inilah bentuk molecule air yang sebenar tanpa sebarang gangguan. Inilah bentuk yang sepatutnya. Tetapi apakah yang akan berlaku sekiranya kita sentiasa mencarut dan melemparkan kata-kata hina? Kalau kita berzikir dan membaca al-quran selalu, macam mana pula? Satu lagi kalau kita bermeditasi dan bertafakur?





Fujiwara Dam (air yang masih belum disembahyangkan)

Ini molecule air yang diambil daripada Empangan Fujiwara. Selepas disembahyangkan oleh seorang pendeta, beginilah hasilnya.


Fujiwara Dam (selepas disembahyangkan)

Agaknya kenapa molecule jadi agak tersusun? Sebabnya, ayat2 yang disebutkan oleh pendeta Buddha adalah perkara2 yang baik. Sebenarnya, semua agama menyuruh penganutnya buat benda baik. Tapi ape yang menyebabkan penganutnya susah nak ikut adalah agama mereka sendiri tidak dapat menerangkan secara hati ke hati tentang kebaikan amalan mereka. Berbeza dengan Islam, kita belajar dengan mendalam dan diserapkan ke dalam hati kita mengapa kita harus berbuat baik.

Molecule air seterusnya adalah molecule air yang dibacakan ayat al-quran. Tengoklah keajaibannya.



Unik tak? Kalau diperhatikan, hampir sama dengan molecule air yang sebenar. Nampak tak betapa agungya ayat al-quran? Sehinggakan molecule air menyusun kesempurnaan moleculenya. Kalau air sahaja dah memberi respon macam ni, apatah lagi hati dan jiwa kita yang kita tak nampak.

Ade lagi yang nak diceritakan. Kajian berkenaan dengan apa yang kita dengar dan kita sebut juga telah dijalankan dan hasilnya amat ketara.


"You make me sick. I will kill you"

Ayat di atas telah direkodkan dan diperdengarkan kepada air seberapa banyak kali yang mungkin dan begitlah hasilnya. Molecule air pun boleh jadi tak tentu hala dengan ayat sebegitu. Apatah lagi kita? Tambah2 lagi 70% peratus dalam badan kita mengandungi air. So, macam mana?


Heavy metal music

Inilah hasilnya jika kita memperdengarkan lagu heavy metal. Even the water molecule break apart after hearing this type of song. Maksudnya, orang yang selalu mendengar lagu2 heavy metal, air dalam badannya sudah bercelaru sekaligus menyebabkan fikirannya juga terganggu. SO? Apa lagi yang difikirkan?

Lain pula jadinya kalau kita ucapakan kata yang baik dan merangsang fikiran. Tengoklah molecule air ini.



Thank You


Love and Appreciation

Ringkasnya, ucapkan sayang kepada keluarga kita dan jangan lupa berterima kasih juga. Ingat tak magic words? Thank you, sorry and please. Jangan main2. Air pun faham apa gunanya dan faedahnya magic words ni. Jangan lupa selalulah guna dalam kehidupan seharian kita agar kita sentiasa ingat siapa pencipta kita dan kita sedar bahawa semua di atas muka bumi ini adalah kepunyaan-NYA. KIta semua sebenarnya penumpang dan peminjam sahaja.


Cuba teka ini molecule air apa? Sangat unik bentuknya dan berkilat. Apakah air ini sebenarnya? Inilah molecule air zam zam. Cantik sangat, kan? Air suci zam zam mempunyai bentuk molecule yang sangat indah dan menenangkan hati. Ini bermaksud, air sememangnya menghantar mesej kepada kita. Kalau dah tahu pasal benda ini, ajarlah diri untuk sentiasa mendengar perkataan yang baik dan suasana yang tenang. Paling penting sekali zikrullah, betul tak?

7 comments:

SyDanny~ said...

salam.. kalau tak silap ana la kan, ni bukan ker snow flakes? emping salji?

nufa said...

air faham bahasa manusia... interesting

Anonymous said...

sebenarnya hasil kajian dr masaru pakar air jepun tu tk diiktiraf oleh bdn saintifik dunia. sbbnya experimen tu tk blh di reproduce dengan result yg konsisten.

selidik la sesuatu khabar dgn teliti...blh jadi ia bukan khabar yg betul....

hamba Allah

ismatz-215 said...

To anonymous,

kalo btol apa yg dicakapkn,
ia x diiktiraf sbb x dapt hasil yg konsisten.. tp mkne ny ada dn prnh berlaku la kn..

cbe pkir balik, knp kalo org nk mntk doa, jmpe ulama' dan waliyullah..?
sbb ulama' dan waliyullah ada kekhusyukan hati yg tggi..

jd mgkn result yg x konsisten tu disebabkn dibuat oleh org yg lain..
and even org yg sama pn, hati manusia kn meningkat dn menurun..

sbb tu result xpnah konsisten..
2 bkti wahyu ALLAH bhw iman yazid wa yanqus..

barakallahu fii kum..

Surau Al Falah said...

Siapa yang mengiktiraf badan saintifik dunia?

Mungkin jugak kena selidik siapa yang menguasai badan saintifik dunia.

Surau Al Falah said...

Siapa yang mengiktiraf badan saintifik dunia?

Mungkin jugak kena selidik siapa yang menguasai badan saintifik dunia.

Anonymous said...

mari kita cuba sesuatu...
letakkan sasuatu objek yang tergantung di atas air yang diambil dari paip (kalau boleh yang tidak melalui tangki air rumah kita)... tengok apa berlaku kepada objek tersebut..(buat dalam 2 minit).
lepas tu bacakan ayat al-quran @ zikir. lagi lame lagi bagus.
lepas tu ulang proses tadi dan lihat apa berlaku...
pasti menarik.. setakat ni dah cuba lebih 5 kali dan hasilnya sangat menarik.
-suhaimi-

Ajukan Soalan Kepada Admin

 
Cheap Web Hosting | Top Web Host | Great HTML Templates from easytemplates.com.