Saturday, January 23, 2010

Shell and Honda Scholarship~

Guys,

My aunt told me about the Honda scholarship thingy but I couldn't find the link.
and HERE is the link for Shell scholarship.

Gudluck, have fun~


p/s : I'll be going to KYUEM to do my A level in Economics under Bank Negara Scholarship this 26 of Jan.
Pray for my success, insyaAllah...
Read more »

Wednesday, January 20, 2010

Nice song by Sami Yusuf... - Asma Allah

Read more »

Thursday, January 14, 2010

Hasil Kajian Dr Masaru Emoto

Assalamualaikum...
Baru2 ini salah seorang ahli keluarga saya mengikuti sebuah kem dan telah mendapat beberapa input. Saya ingin berkongsi sikit dgn semua org tentang input tersebut.
Dr. Masaru Emoto ialah seorang saintis di Jepun yang banyak membuat kajian ke atas molecule air. Hasil kejian beliau telah menghasilkan keputusan yang menunjukkan kebenaran Islam.
Seperti kita semua maklum molecule air akan bertindak mengikut apa yg kita sebut dan dengar. Sebab tu kadang2 kita bacakan Yassin kepada air. Badan kita mengandungi hampir sepenuhnya air, betul tak? Untuk pengetahuan semua, air mampu menyerap tenaga dengan baik dan banyak. Sebab tulah, banyak benda yang boleh dibuat dengan air dan terpulanglah kepada kita macam mana hendak memanfaatkannya. Macam yang kita tahu, molecule air cepat bertindak ke atas apa yang kita bacakan kepadanya.

Menurut kajian Dr. Masaru Emoto, air menghantar mesej kepada kita semua. Molecule of water will react upon the frequency and the condition surrounding us. This is also together with what we heard and said everyday. Dr. Emoto juda ada publish sebuah buku yang bertajuk "The Message from Water"
Beliau telah memerhatikan molecule air dan menangkap gambar2 molecule air.


Inilah bentuk molecule air yang sebenar tanpa sebarang gangguan. Inilah bentuk yang sepatutnya. Tetapi apakah yang akan berlaku sekiranya kita sentiasa mencarut dan melemparkan kata-kata hina? Kalau kita berzikir dan membaca al-quran selalu, macam mana pula? Satu lagi kalau kita bermeditasi dan bertafakur?

Read more »

Wednesday, January 13, 2010

ARE YOU A FACEBOOK-ER??

FACEBOOK
BOLEH MENJADI HARAM
Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.
Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
23_1-3
“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]
Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.
Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.



A courtesy from a dear friend of mine,
thx Asna(x-tku seseri 09)~
Read more »

Madam Hemalatha : Always In Our Heart

Assalamualaikum,

Pada 11 Jan yg lalu, ana dan 4 org rakan sempat ke Kolej Islam Sultan Alam Shah tercinta kerana ada sedikit urusan.. Kami sempat bertemu dengan beberapa orang cikgu.. Namun, satu berita yang memeranjatkan kami adalah bahawasanya Guru Super English kita bakal meninggalkan KISAS..
Namun menurut madam pemergian beliau adalah hanya untuk sementara waktu sahaja kerana masalah kesihatan yang kita semua sedia maklum.. menurutnya, "But I'll come back.. Love KISAS so much.."

Oleh itu marilah kita sama2 doakan kesihatan beliau dan semoga beliau mendapat hidayah.. insya-Allah.. Semoga Allah membalas jasa baiknya selama ini terhadap kita pelajar berpendidikan Islam dengan menganugerahkan kepadanya hidayah seperti yang kita tahu, itulah nikmat yang terbesar.. amiin..

Hope you will recover very soon, madam..


Read more »

Friday, January 8, 2010

SRI KDU scholarship!!!!

due date is on 29th Jan 2010. sila lah cepat2 ya rakan2

Read more »

ISU : Ya Allah! NamaMu Diperjuang, HukumMu Dibuang!...

Assalamu'alaikum wbt. Hari ni, 8 Jan ana mendapat sekeping helaian yang diedarkan di seluruh Malaysia selepas solat Jumaat termasuk di Muar, Johor. Tajuk nasyrah ini cukup cantik untuk kita fikirkan semula isu 'Kalimah Allah' yang tidak tahu samada terbangkit atau dibangkitkan... Namun, semasa di Masjid Jamek Parit Kadzi, ada sesetengah 'pak cik' yang tidak mahu membacanya mahupun untuk menerimanya... Sungguh sedih, kerana ilmu yang perlu dan seharusnya diketahui dan diperhalusi oleh seluruh ummat ditolak mentah-mentah... Ana harapkan, sahabat-sahabat KISAS Gen 54 tidak akan menjadi seperti 'pak cik' tadi yang seperti pepatah orang putih 'judge a book by its cover'... Walaupun nasyrah ini tidak ada 'cover' 'pak cik' tersebut sudah boleh menentukan isinya... Ini yang salah... Semoga tidak timbul kontroversi yer... Hanya memilih yang terbaik mengikut ketepatan dan kekuatan nash...

____________________________________________________________________________

YA ALLAH! NAMAMU DIPERJUANG, HUKUMMU DIBUANG


[SN202] Keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan bahasa melayunya telah mengundang kemarahan segelintir umat Islam. Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 17hb Januari 2009 yang lalu telah melarang akhbar tersebut berbuat demikian, namun ternyata keputusan mahkamah akhirnya berpihak kepada mereka. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan telah memutuskan bahawa akhbar mingguan tersebut mempunyai hak untuk berbuat demikian dari segi Perlembagaan Persekutuan kerana Artikel 11(4) Perlembagaan hanya menghalang orang-orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah untuk menyebarkan agama kepada orang-orang Islam tetapi ia bukanlah larangan untuk orang-orang bukan Islam menggunakannya sesama mereka.

Read more »

Isu : Penggunaan kalimah ALLAH

Asslamualaikum..

Artikel ini ana ambil daripada blog Akh Azrul Azwan, Presiden BADAR 2007, Kolej Islam Sultan Alam Shah.. Namun disebabkan terlalu panjang, saya hanya mengambil sebahagian sahaja, sebagai intro.. klik link di bawah untuk membaca sepenuhnya.. Harap dapat menambah kefahaman..

Akh Azrul Azwan :

Saya terpanggil untuk memberikan pendapat berkenaan isu hangat yang diperkatakan sekarang iaitu Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa majalah Herald-The Catholic Weekly berhak menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada perkataan 'God'.

Apa yang saya lihat, isu ini bukanlah sekadar isu penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam majalah itu, namun ada implikasi yang lebih besar yang perlu kita fahami di sini. Sebelum saya mengulasnya, saya ingin berkongsi dahulu berkenaan hukum bukan Islam terutamanya Yahudi dan Nasrani menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka. ...

Baca seterusnya : Demi Islam Ditegakkan
Read more »

Thursday, January 7, 2010

Penggunaan Kalimah Allah..

Salam,

Berikut adalah petikan tulisan Presiden PAS yang diambil daripada laman web Harakah Daily..
Harap ia tidak menjadi kontroversi dalam kalangan kita bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah..
kerana apa yang penting sekarang ialah isunya..

____________________________________________________________________
Presiden PAS:

Penggunaan nama Allah oleh penganut agama bukan Islam menjadi polimik hangat dalam negara ,menjadi lebih panas setelah Mahkamah membuat keputusan keizinan kepada pihak gereja katholik memakai perkataan Allah dalam penyebaran mereka kepada masyarakat umum, khususnya masyarakat yang hidup didalamnya Umat Islam, kerena menyentuh perasaan mereka, kerana Perkataan ALLAH sangat mulia disisi umat Islam.

Apa yang menghairankan sebelum ini pengamal ajaran keristian itu menyebut tuhan dengan bahasa mereka masing-masing.

Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan Allah dari kitab suci mereka (Al Quran) yang tidak diterjemahkan lagi kedalam bahasa masing-masing, kerana perkataan ALLAH tidak mampu diterjemahkan kedalam bahasa lain, dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa Al Quran.

Adakah ia boleh dibenarkan begitu sahaja diatas kosep kebebasan beragama?, sedangkan kebebasan secara saksama mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah yang mencetuskan perkara yang merosakan hubungan sesama manusia .

Read more »

Preparations for interview~

Assalamualaikum guys~and not to be forgotten, gurls~(^_^)

First of all, I'd like to congratulate to everyone who had burnt their midnight oil (really?) to set up this blog, thank you very much for your initiative. Well, I do hope that more people (of our batch) will know and contribute to this blog.

Errm, let's get started shall we?
Well, basically,I don't want to explain in details on what to prepare as each interview is conducted differently, and one is unlikely as the next. So, Imma takin' ma Bank Negara Interview (BNM) as guidance, since it's called one of the toughest interviews ever exists in this country (hyperbolic).

1. DRESS SMARTLY
For guys, it's a piece of pie (errm, should it be cake??). Just a shirt,tie, trousers and black shoes, that will do I guess. However, if you want to add some charisma into your personality, why not adding a blazer?? I'm sure you'll look great. Personally, wearing a blazer adds up my confidence, you guys know how I am, don't you?? haha. Remember, plain shirt + tie bercorak (what is it called in English?), baju bercorak + plain tie. (Oh my goodness, my English is getting rusty)

As for gurls, (how the hell would I know??).Errm, my friend from STF said she'll be wearin'
'baju kurung', like Perempuan Melayu Terakhir gitu. To be honest, baju kurung reveals the 'persona' (ayat dlm debat) hiding within a gurl. Even my sister wore baju kurung during her interview even though the only day she wears baju kurung would be Hari Raya (geez).

Read more »

Wednesday, January 6, 2010

Elakkan Syubhah, Carilah Yang Halal

Alhamdulillah setelah berhempas pulas mencari kerja, akhirnya saya mendapat tawaran kerja di starbucks dan di taska. Disebabkan ragu2 dengan status starbucks, sya pun ada buat sedikit research pasal starbucks. Then, saya jumpa satu artikel yg sangat menarik dari seorg chef terkenal dari sebuah hotel 5++ star terkemuka. Post ini sekadar info bersama Mencari Yang Halal Adalah Fardhu bagi semua umat Islam.

***

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian

Chef Farid
Read more »

The Khazanah Global Scholarship Programme

Assalamualaikum,

Cuma nak inform korang je..
16 orang telah terpilih (setakat yang aku tahu la) untuk menghadiri first stage selection process untuk Khazanah Global Scholarship Programme:

Mereka ialah:

  1. Muhammad Hakim bin Jaafar
  2. Khairul Anuar bin Mat Hussain
  3. Muhammad Ilman bin Mahamad Amir
  4. Muhammad Asyraf bin Ibrahim
  5. 'Ismat Hazim bin Zainal
  6. Muhammad Radhi bin Kamal
  7. Zuhair bin Mohd Asri
  8. Badri bin Mohd Noor
  9. Muhammad Syafiq Syahmi bin Md Yusuf
  10. Ahmad Izzuddin
  11. Muhammad Aqil Nazahah
  12. Muhammad Fakhrulrazi bin Iskhak
  13. Nurhaziqah binti Abdul Wahab
  14. Nur Fathanah binti Mohd Ali
  15. Nur Farhana
  16. Nawal Wafa binti Abdul Rashid
Kami cuma ingin meminta jasa baik korang semua untuk mendoakan agar Allah memudahkan urusan kami dan memberi kami kejayaan dalam interview kali ini.. Moga-moga Allah murahkan rezki korang dan memudahkan urusan korang serta memberi apa yang terbaik untuk kita semua..

For more information, please proceed here : Mentari Syahdu

Ila Al-Liqa'.. Ma'as-salamah..
Assalamualaikum..

p/s:According to Izzuddin, you can apply for khazanah scholarship online after the SPM result comes out.. check out their website : Khazanah Nasional
Read more »

Tahu, Mahu dan Jihad

Manusia ditaklifkan dengan untuk tiga perkara. Menjadi a'bid iaitu hamba, daei' iaitu pendakwah dan menjadi khalifah iaitu penjaga alam ini.

Hampir semua orang tahu perkara ini. Sebahagian dari mereka mahu untuk menjalankan tugas-tugas tersebut. Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermujahadah (jihad) untuk melakukannya.

Kita tahu dosa itu tidak bagus. Kita mahu untuk menghindari dosa. Tetapi sejauh manakah kita bermujahadah untuk menghindari dari dosa? Sengaja persoalan tersebut ditinggalkan untuk difikirkan.

Banyak manusia tahu qiamullail itu baik. Ramai juga mahu melakukannya. Tetapi mengapakah kita susah sangat untuk bangun qiamullail?

Kita tahu solat jemaah itu dapat 27 kali ganda. Kita juga mahu mengutip sebanyak pahala untuk bekalan kita di hari akhirat. Tetapi, mujahadah untuk ke masjid? Sangat-sangatlah kurang.

Kita tahu dakwah itu wajib atas umat Islam. Kita mahu untuk berdakwah. Tetapi mengapakah kita susah sangat untuk bermujahadah untuk berdakwah?

Wahai sahabatku, tahu tanpa amal, bagaikan pokok yang tiada buah. Amal tanpa jihad sia-sia. Pentingnya jihad bukan di medan perang sahaja, tetapi di medan nafsu dirimu juga.

Kekuatan umat Islam bukan hanya terletak pada ketinggian ilmu, keazaman yang tinggi, tetapi semangat mujahadah yang tinggi juga.

Tapi mengapalah jihad menjadi perkataan yang sensitif??

._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._.

Akihisa Des...

http://atomsilverisag.blogspot.com/

omaidatou to 54th gen >_<

gambatte kudasai.....haip!

Wallahua'lam
Read more »

Bincang-bincang...

Perhatian!!!

1) Klik pada 'Admin'
2) Klik 'Log In'
3) Tetapkan id anda
4) Beri pandangan anda

Selamat mencuba...

Read more »

Tuesday, January 5, 2010

Hantar Bantahan : Penggunaan Kalimah ALLAH Dalam Kristian

Assalamualaikum,

Tolong sebarkan link ini untuk menghantar petisyen bantahan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusannya yang membenarkan Gereja Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Tolonglah, demi Islam : Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Kami doakan mereka yang membantu Islam dirahmati Allah dunia dan akhirat..



"Kami Menentang Sekeras-kerasnya Penggunaan Kalimah ALLAH Oleh Kristian"
Syukran Jazilan..
Antum juga boleh klik link di bawah:


Read more »

Selamat Datang

Assalamualaikum kpd sahabat2 batch 54 KISAS,

Blog ini dibina untuk manfaat kita bersama.. Ia bertujuan untuk membolehkan kita berkongsi maklumat berkenaan kisas, guru-guru, biasiswa, pandangan serta nasihat, discussion, dan lain-lain lagi di samping membolehkan kita sentiasa keep in touch dengan rakan seperjuangan..

Buat masa ini, blog ini terbuka kepada umum untuk melihatnya (view).. namun, dalam masa terdekat, ia hanya akan terbuka kepada mereka yang diberi permission untuk menghantar post serta yang diinvite untuk melihatnya.. oleh itu, admin berharap agar pelajar-pelajar KISAS spm 2009 dapat meninggalkan email yang digunakan untuk google account anda bagi membolehkan admin menjemput anda untuk menghantar post.. kepada mereka yang tidak mempunyai google account dan malas untuk membuatnya, sila tinggalkan email anda bagi membolehkan admin menginvite anda untuk melihat (view) blog ini.. anda juga diseru supaya meninggalkan URL blog/web anda supaya meudahkan admin mengupdate blog ini engan link ke blog anda [seperti yang dapat dilihat pada Gen 54 : Muslimin dan Gen 54 : Muslimat pada sidebar bog ini.. Apa-apa email/URL yang hendak ditinggalkan boleh lah berbuat demikian pada comment utk post ini.. Kerjasama korang amatlah dihargai..

Kepada mereka yang igin menghantar post, sila pastikan ianya dilabel dgn label yang sesuai bagi memudahkan rakan-rakan kita mencari post yang sesuai dgn kehendak mereka.. Buat masa ini, label yang dapat difikirkan ialah (maksudnya, boleh ditambah lagi kemudian):
  1. kisas : post yang berkaitan dgn kisas
  2. teachers : post yang berkaitan dgn guru-guru kisas
  3. scholarship : post yang berkaitan dgn biasiswa
  4. memori : post yang berkaitan dgn kenangan, memori serta pengalaman di kisas
  5. admin : post yang berkaitan dgn pengumuman oleh admin blog ini
  6. pengumuman : post yang berkaitan dgn perkara yang perlu perhatian segera
  7. discussion : post yang berkaitan dgn perbincangan serta pendapat pelajar2 [untuk discuss, gunakan comment for this post]
  8. gambar : post yang bertujuan untuk berkongsi gambar
  9. download : post yang berkaitan dgn perkara yang telah diupload dgn tujuan untuk didownload oleh rakan2 lain seperti link ke 4shared dan sebagainya
  10. Islam : post yang berkaitan dgn agama Islam yang tercinta, atau isu yang berkaitan dengannya
  11. tazkirah : post yang berkaitan dgn tazkirah, nasihat atau yang seumpamanya
  12. info : post yang berkaitan dgn perkembangan diri anda
  13. isu semasa : post yang berkaitan dgn isu yang hangat diperkatakan..
  14. review : post yang berkaitan dgn pandangan anda tentang lagu, movie, video dan sebagainya
Sebarang idea untuk blog ini serta apa-apa cadangan untuk penambahbaikan blog bolehlah diajukan dalam ruangan shoutbox pada sidebar.. [jgn buat post untuk admin pulak..]


Terima kasih atas kerjasama korang semua.. Harap dapat mengimarahkan blog ini untuk manfaat kita bersama.. Syukran Jazilan..Semoga dalam rahmat Allah sentiasa..

"We Are The Future Islamic Leaders"

p/s: sorry, agak skema.. haha.. =)


p/s: Untuk pengetahuan, blog yang menjadi blog contoh sekarang adalah Blog Gen 52
Read more »

Ajukan Soalan Kepada Admin

 
Cheap Web Hosting | Top Web Host | Great HTML Templates from easytemplates.com.