Sunday, June 20, 2010

iLuvislam.com | Kenapa aku masih solo...

Read more »

Thursday, June 17, 2010

Bank Yahudi di Malaysia.?

Assalamualaikum..

Satu post telah diterima di wall facebook tentang artikel ini. Baca dan moga bertambah kefahaman, insyaALLAH..

Bank Rothschild Bertapak di Malaysia
Read more »

Saturday, June 12, 2010

Rakaman Serangan Israel ke atas Mavi Marmara






Berikut merupakan rakaman, selama sejam, sebelum dan sedikit ketika serangan kejam tentera zionis Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan Flotila Mavi Marmara.

Rakaman ini menunjukkan betapa mereka bukan terrorist, tetapi hanyalah menghantar bantuan kemanusiaan. Rakaman ini menggambarkan keadaan mereka sebbelum serangan dilakukan, dan jelas menunjukkan, mereka bukan bersiap-sedia untuk berperang, tetapi untuk menghantar bantuan kemanusiaan.

Agak mengambil masa utk loading, jadi dianjurkan agar play untuk biarkan loading habis, sementara menyiapkan urusan lain.

Israeli Attack on the Mavi Marmara // Raw Footage from Cultures of Resistance on Vimeo.

(Serangan bermula pada minit ke 35)




Kepada mereka yang tidak mampu menonton kesemuanya, berikut merupakan sedikit rakaman selama 15 minit ketika serangan. Rakaman ketika Israel menyerang sebetul-betul nya sehingga menawan Mavi Marmara tidak dapat diambil kerana mereka sudah menjadi tawanan ketika itu, untuk ke tandas pun susah, apatah lagi hendak merakam.




Israeli Attack on the Mavi Marmara, May 31st 2010 // 15 min. from Cultures of Resistance on Vimeo.



Berikut pula merupakan sebahagian petikan asal dari laman web Under Attack: Mavi Marmara Attacked - Flotilla footage mirrors




__________________________________________________________________________________

June 11, 2010

MEDIA ALERT:

JUST RELEASED: ONE HOUR OF FOOTAGE FROM MAVI MARMARA
Footage taken aboard largest ship in Gaza Freedom Flotilla in hour before and during raid by Israeli military

New York, NY

A full hour of raw footage taken aboard the Mavi Marmara in the hour leading up to and during the Israeli attack on the Gaza Freedom Flotilla has just been made available to view at: http://www.youtube.com/watch?v=vwsMJmvS0AY

The footage is also available for download at: http://tinyurl.com/flotilla-footage/

Despite the Israeli government's efforts to confiscate all of the footage taken during the attack, CULTURES OF RESISTANCE filmmaker Iara Lee was able to smuggle one hour of footage back to the United States and is releasing it raw to the public today.

Yesterday at the United Nations, Ms. Lee presented the footage for the first time to the international press corps after the following statement:

"I want first to thank the United Nations Correspondents Association for organizing this event on such short notice.

"My name is Iara Lee. I am a dual U.S.-Brazilian citizen of Korean descent. I am a filmmaker and a human rights activist.

"I decided to join the Freedom Flotilla after going to Gaza a few months ago and seeing first hand the devastation there. After hearing the pleas of the people living in Gaza to have the blockade lifted, I felt I must do something.

"The Gaza Freedom Flotilla was on a humanitarian mission.Ê We expected to be deterred from delivering our aid to Gazans, but we did not expect to be attacked.

"We started filming from the moment we boarded the Mavi Marmara right through the Israeli assault on the ship. Although all of our equipment was confiscated, we managed to
smuggle this footage out.

"Mine is high-definition footage of the Flotilla attack and also the only sustained footage of the ship and its passengers preceding the deadly Israeli commando raid. Watching this raw, unedited footage, you will get a sense of the mood on the ship and of the passengers on it.

"Undoubtedly, many of you will be scrutinizing it for clues to resolve the mysteries that still surround what happened that fateful night.


"During this past week the Israeli government has repeatedly alleged that these passengers -- or some of them -- laid a trap for Israel, duped the Israeli military, and plotted a lynching. Israel has repeatedly alleged that we were anti-Semitic Muslim fanatics connected to terrorist organizations.

"In fact, the passengers on our mission
came from many countries and religious and ethnic backgrounds.Ê Our one common denominator was that we wanted to end the humanitarian crisis in Gaza by highlighting the injustice of Israel's blockade.

"Prime Minister Netanyahu said, "This wasn't the 'love boat,' this was a flotilla of terror supporters." Our footage will help you decide whether we were a love boat or a hate boat. You will see secular and devout passengers. You will see people at prayer and people working at their laptops.

"Was this a lynch-mob moved by hatred of Israelis or was it a cross-section of humanity moved by the plight of Gaza? Did we lay a trap for the Israeli commandos or did they unnecessarily attack us? Did we take them by surprise or did they take us by surprise?

"Do you see a premeditated ambush, or do you see some passengers using items at hand to protect themselves from an unprovoked assault by heavily armed commandos?

"You decide."

_________________________________________________________________

Alhamdulillah, dunia diizinkan ALLAH untuk melihat secara live kekejaman tentera Israel dengan terakamnya video selama sejam ini. Moga ALLAH membantu penduduk dan pejuang Palestin membebaskan tanah Al-Quds yang mulia, amiin.
Read more »

~ Zulkifli dan Zahra ~

Bismillah.

Sekadar ingin mengucapkan TAHNIAH 99x dan Selamat Maju Jaya kepada Muhammad Zulkifli bin Suhaili ( 408/508 ) dan Zahra binti Tajuddin ( 403/502 ) yang akan ke Vanderbilt University, USA untuk kursus kejuruteraan.


sahabat-sahabat KITA ini akan berlepas ke sana pada jam 1515, hari ini ( 12 Jun )


Mohon doa semua agar Allah permudahkan segalanya buat mereka berdua.


 " Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. " ( 11 : 112 )


Maka benarlah,

' Pipit di bumi kami keluar menjadi helang'

# extra

- status FB  Muhd Zulkifli. ( 3 jam yang lalu )
" off to KLIA! bye ! "


 - status FB Zinnera Zahra. ( 11 jam yang lalu )
" inshaAllah esok kami berangkat ke US. doakan semoga perjalanan kami selamat semuanya. SELAMAT MAJU JAYA KEPADA KALIAN ! tak tahu bila dapat online semula. 2 bulan lagi, barangkali? "

 ( maaf, skema teramat post ni )




Read more »

Friday, June 11, 2010

Lelaki Pelindung Wanita

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.
Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertingkah.
Kembalikanlah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu, Acuan madrasah rasul.
Read more »

Monday, June 7, 2010

Usrah dan Naruto...


 Bismillah. 


Cubaan pertama menjelajah ke ruangan Generasi 54 untuk sedikit contengan walaupun cuma artikel yang hanya di copy paste.       Bukan sekadar mahu berbangga nama author terpampang di blog batch, namun mesej daripada artikel mohon KITA ambil pengajaran dan mesej yang tersurat mahupun tersirat.     Moga KITA semua terus istiqomah dalam menjalani proses didikan walaupun bergelar bekas pelajar.    Usrah bukan sekadar program wajib jumaat malam sabtu di kolej, namun program wajib sepanjang hayat.   Ya, untuk sepanjang hayat.      Usrah tunjang tarbiyyah.       Belum ada usrah ?       Jom cari cepat-cepat.




Usrah dan Naruto.

 ( credit to studio muslim.com )

Bahan bacaan untuk mereka yang membaca Naruto
“Sistem usrah ini umpama kumpulan-kumpulan ninja dalam cerita Naruto.” Saya menyeluruhi semua wajah ahli usrah.
Semua anak-anak usrah saya juga merupakan naqib yang bermaksud ketua usrah dalam sekolah tersebut. Saya menerima tanggungjawab untuk membawa usrah bagi sekumpulan naqib di salah sebuah sekolah berasrama harian di Gombak.
Objektif yang ingin dicapai oleh saya adalah supaya mereka semua boleh membawa usrah sendiri dengan baik. Zaman sekolah dulu tidak pernah saya pegang tanggungjawab sebegitu.
“Hehe. Naruto lagi,” balas Faiz.
“Kamu semua pun tengok, kan?”
Saya menyambung, “Siapa yang hendak usrahnya jadi serius sikit-sikit, boleh ikut stail pakcik Asuma. Kalau hendak yang ceria sikit boleh ikut stail pakcik Kakashi dan pakcik Gai.”
“Lagi… lagi…”
Menetapkan matlamat dalam berusrah
“Apabila kita berhadapan dengan anak usrah, anggap mereka seperti ninja-ninja yang kita ingin latih. Tentukan apa matlamat yang ingin kita capai dalam setiap sesi latihan tersebut.”
“Maksud abang Azree?” soal Imran.
“Maksudnya setiap sesi latihan kita perlu ada matlamat apa yang perlu kita sebagai naqib ingin capai. Itu matlamat jangka pendek dan kita juga perlu ada matlamat jangka panjang apa yang kita ingin capai dalam usrah tersebut.
Sebagai contoh, matlamat jangka panjang abang dalam usrah dengan kamu semua selama setahun ini adalah ingin membimbing kamu semua supaya menjadi pelajar contoh di sekolah. Bukan setakat baik dalam sahsiah, tetapi juga baik dari segi pemikiran. Cuma jangan baca komik Naruto banyak sangat sudah,” terang saya sambil disambut gelak.
“Matlamat jangka pendek pula, dalam satu sesi usrah kamu itu, apa topik yang kita ingin anak-anak usrah kita faham. Sebagai contoh, minggu ini kita bincang tentang topik akhlak. Jadi, matlamat kita selepas berakhirnya sesi usrah tersebut adalah anak-anak usrah kita faham tentang topik tersebut.”
Malam semakin gelap. Saya berkira-kira dalam hati untuk pulang lebih awal pada malam tersebut. Pertama kerana masih belum makan malam sedangkan perut mula memulas. Kedua kerana jarak rumah yang agak jauh daripada sekolah tersebut.
“Ada ciri-ciri lain lagi dalam sistem usrah versi Naruto ini?” soal Faiz lagi yang memang menggemari Naruto.
Mengambil tahu perkembangan ahli usrah
“Yup. Ada lagi. Siapa naqib pertama Naruto?”
“Erm. Iruka!”
“Apa yang Iruka buat apabila dia hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi?”
“Erm. Macam tak buat apa-apa pun. Cuma kadang-kadang Iruka akan bertanya Kakashi tentang perkembangan Naruto,” jawab Nasir yang sedari tadi hanya angguk-angguk dan senyum-senyum sahaja.
“Sebenarnya apabila Iruka hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi, Iruka telah memberi semua maklumat berkaitan Naruto kepada Kakashi seperti tingkah laku Naruto dan juga perkara yang perlu diambil tindakan oleh Kakashi seterusnya.
Kemudian Iruka akan tetap mengikuti perkembangan Naruto walaupun Naruto bukan lagi di bawah tanggungjawabnya. Begitu juga apabila Kakashi menyerahkan Naruto kepada Datuk Jiraiya. Dia juga akan menjelaskan apa yang perlu dan mengambil tahu tentang perkembangan Naruto,” jelas saya yang sudah lama tidak menggunakan cerita Naruto sebagai analogi dalam setiap isu yang ingin diutarakan.
Imej disalin dari http://anime-wallpapers.com/images/800x600/naruto-kakashi-iruka-togeher.jpg
Kadang-kadang sengaja saya memasukkan analogi-analogi berunsur kekartunan sedikit. Sedikit sebanyak dapat mengimbangi suasana antara ceria dan serius.
“Oh, begitu. Faham.”
“Jadi, kamu semua apabila sudah habis SPM, keluar daripada sekolah ini jangan pula lupa kepada ahli-ahli usrah yang pernah menjadi tanggungjawab kamu semua. Kerana itu abang lebih suka menetapkan matlamat dalam usrah supaya setiap ahli usrah abang akan boleh bawa usrah lain pula. Jadi, perkara ini akan berterusan.”
“Ciri-ciri yang lain lagi?”
“Eh, asyik abang saja yang bagi. Cuba kamu semua pula bagi.”
Keistimewaan pada naqib
Semua pandang-memandang sesama sendiri. Faiz memandang ke syiling. Mungkin sedang cuba mengingat sesuatu.
“Mungkin boleh juga dikaji kenapa usrah si Naruto, Sakura dan Sasuke ini ceria. Sedangkan kita juga tahu yang perangai Naruto dengan Sasuke cukup berbeza. Naruto dengan perangai main-main dia, Sasuke pula lebih serius. Jadi, bagaimana pakcik Kakashi ini boleh mengawal ahli-ahli usrah dia dengan baik?” Faiz cuba mengemukakan pandangan. Saya sendiri berkerut dahi sambil wajah cuba mengukir senyum.
“Hurm. Menarik untuk dibincangkan. Bagaimana kita sebagai naqib boleh mengawal ahli-ahli usrah yang pelbagai ragam? Kamu ada idea, Faiz?” saya cuba mencelah sambil memikirkan mengenainya.
“Saya tidak ada jawapan lagi tentang persoalan ini. Cuma mungkin ini terletak kepada setiap ahli usrah untuk memberi komitmen terhadap usrah mereka,” jawab Faiz.
Suasana perbincangan menjadi hangat. Saya merenung wajah setiap ahli usrah. Menanti sama ada mereka masih ada idea untuk dilontarkan.
“Mungkin juga sebab ada sesuatu ilmu daripada Kakashi yang ingin dipelajari oleh Sasuke. Pada awalnya kan Kakashi ini merupakan seorang yang penuh teka-teki. Teka-teki bagaimana dia ada mata Sharingan, sama seperti Sasuke. Mungkin itu yang menjadi daya penarik bagi Sasuke untuk memberi komitmen kepada kumpulan ‘usrah’ tersebut.” Imran melontarkan pandangannya.
“Betul… betul… betul… Setiap orang sebenarnya ada keistimewaan masing-masing. Cuma kita rasa rendah diri apa keistimewaan kita. Jadi, apabila kita menjadi naqib, sebenarnya ilmu atau keistimewaan kita itulah yang menjadi daya penarik kepada ahli usrah kita,” saya cuba menjawab apa yang termampu.
“Ok. Minggu depan kita sambung cerita lain pula!”
.
Read more »

Wednesday, June 2, 2010

khabar khabar harapan

So just now I watched news and suddenly these two big ears caught something good.


Reported that the PSD and PM have been discussing about the lots of complaint regarding unsuccessful applicants for PILN programme. To conclude it all, PSD is reconsidering all applicants submission and will ensure that none of the eligibles will be excluded from the PILN. For details, here it is.


So lets pray for all KISAS 54th batch! ^^


Oh and not to forget, 
you may check the site at 11th of June, starting 3 p.m
Read more »

Ajukan Soalan Kepada Admin

 
Cheap Web Hosting | Top Web Host | Great HTML Templates from easytemplates.com.